Sunday, 25 June 2017

Salam Aidilfitri gais! Ampun maaf dipinta andai ada salah silap dalam penulisan selama ini. Salam kosong-kosong deh? So, how's your raya? Gempak, suam-suam kuku atau takde mood langsung nak beraya? Haha. Aku punya raya kategori suam-suam kuku kot sebab it is the first time of raya Abe takde dengan kita orang. Memandangkan tahun lepas dah first raya together-gether dengan bini kat Kelantan, so tahun ini turn Terengganu pulok. Beza tahun lepas Hasya dalam perut ibu lagi, tahun ini first time raya yeayyy. Tazzabar nak gomol budak kecik sombong balik raya ketiga nanti. Keke.

Tahun ini weolls #teamrayakelantan, #teamrayasingle & #teambajurayamaroon. Anda semua pulak? Haha. Okayy lah, tu je kot takat ni nanti pape info (gambar tu kalu iolls rajin nak memilih) iolls update lagi. Buat yang tengah bersiap nak kunjung-mengunjung pi beraya tu, hati-hati okeyyyy. Iolls memang tak keluar lah raya pertama ni sebab jalan depan rumah sah-sah sesak.

Till then, Assalamualaikum.

Abah not feeling well that's why tak bersongkok, bersampin. Ini pun layankan aje anak perempuan dia nak bergambar haha

p/s: Pardon the quality of picasa sebab kamera rosak woo. Pakai handphone ja haha
Eid Fitri 1438H/2017
June 25, 2017

Eid Fitri 1438H/2017

Friday, 23 June 2017

[Repost this entry since previous one got some technical problem]

Majimak is last, last is finale so last Thursday was my final day of industrial training at UMK. Alhamdulillah, secara rasminya tamat industrial training di Universiti Malaysia Kelantan dengan perasaan bercampur-baur. Tipulah kata kalau tak sedih sebab 5 bulan kot together-gether dengan staff kat sini dalam segala hal/urusan. Itu tak campur lagi part gossip lagi lol. Mula tu try nak act cool lah kan tapi mata masuk habuk juga bila En. Zul nak sampai cenderahati then he said that, "Terima kasih atas segala kerja sepanjang kat sini" lepas tu lagi berhabuk mata bila ada staff tanya, "So macam mana, dapat sambung (sambilan) tak?", "En. Zul takde cakap pape ke? Kalau awak kat BAKAT, Kak Lela dah serap masuk dahh". Haiyoo sedih maaa. Kalau tengokkan keadaan kewangan UMK sekarang macam takdak harapan sangat-sangat iolls nak diserap masuk. Takde rezeki nak buat macam mana kan. 


Hari last baru kalut pulun buat report buku log

With fav person, Zana (Ms. Specky) bila aku tengah mood menyakat 

Kak Intan, Wani, Zana, Kak Yana, iolls & Kak Syuuu

Anak-anak dara Pejabat Pendaftar

Who's finished her internship? Yass that's me

Sumpah takde motif gambar ni haaha

Buat keluarga besar Pejabat Pendaftar, Team BPKP terutamanya, terima kasih yang tak terhingga sebab sudi terima saya sebagai pelajar latihan industri kat sana. Halalkan segala makan minum, ilmu dan maaf kalau ada tersalah bahasa, terkasar bicara. Maaf juga kalau kadang tu terdengar sayup-sayup gelak-tawa saya dengan Jemahs lain kat D20 tu. Keke. Walaupun kadang hati ini merungut penat dengan kerja yang kadang datang on-the-spot (sedangkan masa tu tengah settle kerja lain), sayang dan sedih nak tinggalkan Pejabat Pendaftar tu tetap ada. Gituhh sweet dak? Haha. Insha Allah, segala ilmu pengetahuan yang dikongsikan, akan saya manfaatkan kat mana sahaja tempat saya bakal berkhidmat nanti. Kalau ada rezeki bekerja la, kalau takde kena fikir kerja sendiri la jawabnya. Haha.

Fav opis-buddies

2nd fav opis-buddy!

Majimak internship be like, semua orang akan selfie/bergambar dengan kau haha


The most sporting sv evahh. Masehhh En. Zul

Ermmm, dah la kot. Tu je rasanya takat ni. Dah lama tak menaip hoi, otak dah tepu, ketandusan ayat. Haha. Nak buat macam mana, 5 bulan kat UMK, otak ni duk hadap nama-nama fail je sampai coding fail kat Pejabat Pendaftar tu pun iolls dah hafal. Haha. Ouh ya, lagi gambar hari-hari terakhir Insha Allah next ya akan di-update balik. Sisturh busy sikit ni, nak raya la katakan. Hoho.

Till then, Assalamualaikum!

Internship | The Finale
June 23, 2017

Internship | The Finale