Saturday 24 October 2015

Program Semarak Bahasa 2015 @ Plaza Angsana, Johor Bahru

Allah.

Basinya lahai. Dah dekat 2 minggu Program Semarak Bahasa melabuhkan tirai, tapi aku baru nak update story. Haigoo. My bad meng. Jadi, dah nak 2 minggu selesainya program ni. Rasa macam baruuuu semalam je bertolak ke JB. Cehhh ayat kalau tak cliche memang tak sah.

Again, it's my bad for the late update pasal program ini memandangkan cerita yang panjang plus gambar yang banyak buat aku makan masa sikit nak menaip. Eh. Tak bagi salam lagi kan? Assalamualaikum gais. Meh, aku share sikit apa kami buat kat JB sepanjang 3 hari sempena Program Semarak Bahasa :)

Jumaat 9 Oktober, pukul 7:00 am kami dah mula gerak kerja dengan mengangkut barang-barang pameran yang disimpan kat rumah aku memandangkan rumah aku level paling bawah. Settle angkut barang, breakfast kejap dengan nasi lemak then pukul 8 lebih cenggitu, misi Journey To Johor bermula.


Atas core, bawah elek. Senang. Haha




Sampai-sampai aje ke negeri Harimau Selatan ini, kami singgah dulu kat Johor Premium Outlet aka JPO. Naahh, kau hado datang nak buat event PR tapi mai shopping dulu? Hoho. Well actually, hakak tak mampu uolls nak shopping, hakak hanya mampu bergambor walaupun ada jugaklah kasut yang hakak berkenan dalam kedai Rubi tu. Haih.




Destinasti kami yang seterusnya selepas JPO ialah ke Plaza Angsana memandangkan kami kena set up booth pameran and any other business yang related dengan hari kejadian yang bakal berlangsung esoknya. Up next lepas Plaza Angsana pulak, kami singgah sat kat Istana Bukit Serene then pi makan kat sekitar Dataran JB. Last destination untuk hari pertama di JB adalah meng-check-in ourselves kat Institut Pengurusan Peladang JB untuk rehat dan tido yow.




D-2 at Johor Bahru and it's D-Day for Program Semarak Bahasa! Pagi pukul 7.30 kami dah berkumpul memandangkan pukul 8 dah nak gerak ke Plaza Angsana. Attire untuk hari tu t-shirt with sport attire seiring jugak dengan Hari Sukan Negara. Sampai-sampai ja kat sana terus bukak booth, senamrobik, pertandingan mewarna & pertandingan bercerita :) Selesai program kat Angsana, sir bawak kami pi Legoland then dinner kat Hutan Bandar Bistro. Naiss one mehh.






D-3 aka last day kat Johor Bahru. Pukul 915 pagi kami semua dah berkumpul sekali dengan check-out terus sebab lepas habis program tu terus balik puncakkk. Yeayyy! Program pagi tu mula dengan pusingan finale pertandingan bercerita buat adik-adik pra sekolah seterusnya diikuti dengan pertandingan bicara berirama peringat sekolah rendah pada pukul 2 sampailahh ke petang. Dalam pukul 5 lebih, Alhamdulillah program tamat dengan jayanyaaaaa. *balik puncak*



October 24, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment