Saturday 31 October 2015

Part Time @ The Nielsen Company

Last two days aku ada buat part time kat tempat kerja akak aku. Tak pernah tak pikir pun sebenarnya tapi bila 4-5 kali kakak kau duk tanya,

"Mu ada kawan tak yang nak buat part time? Boss aku tengah cari orang."

Serabut jugak ye dak? Haha. Bila dah serabut sangat, aku cakap arh,

"Senang citer, meh aku la pi buat part time."

I thought Kak Ina will say NO then she was like, Kau free bila? Kau boleh datang bila? Kau ajak la kawan kau jugak? Ouhhh, ni memang kes betul-betul perlukan part time. Jadi memandangkan aku free aje Khamis & Jumaat, aku proceed. Plus aku memang nak pakai duit sekarang dah alang-alang Nielsen bayar sedappp jugak, apa salahnya kan?

Banyak benda yang aku belajar sepanjang dua hari jadi part timer. Yup, 2 hari je pun tapi dalam nak habiskan sehari tu puuuuun punya lah lama masa berlalu. Serious, pesan aku, hargailah zaman masa belajar ni. Masa belajar, kau nak buat assignment, homework bila-bila masa sebelum due pun boleh takdak hal tapi kat office bila bekerja? Jangan harap aihhh. 110% duk hadap kerja je walaupun tarikh submit lambat lagi.

Andai diberi kesempatan dan ada masa kekosongan lagi, aku nak buat part time lagi kat sini. Duit masyukk tu satu hal, buat kerja dia pun tak membosan. Walaupun kau duk tengok slide + excel then key in data dalam slide tu je, tapi quite fun tambah lagi bila kau buat sambil dengar lagu. 1st day buat kerja memang kau rasa macam what the fishh bagai tapi once dah biasa, rasa seghonok pulak. 

Oghe kelate kato, ghalik bilo buat kijo. Haha. Betul ke tak betul data tu lain kira sebab nanti boss akan check balik. Kahkah. Kalau bagi tahu kat akak aku ini confirm dia cakap,

"Kau part timer boleh la cakap seronok, cuba dah kerja tetap macam aku. Mahunya muntah tengok pc, slide, excel, data hari-hari."

Some sort like that lahh. Haha. Hari ini hari Sabtu pun depa pi office jugak, siapkan kerja sebab next week dah nak kena submit. Kalau ikutkan aku, nak mengekor jugak (dapat gaji kott) tapi ye lah, aku kena pikir asssignment yang nak kena submit next week jugak. Tak leh nak pikir duit je memanjang. Haha.

One thing for sure, aku dah berjaya keluarkan diri aku dari kelompok Geng-Tak-Pernah-Kerja-Part-Time selama 23 tahun aku hidup. Ya, betul tu. Tak pernah langsung. Don't ask me wai. Satu dua pengalaman pun dapat aku peroleh jugak dalam masa 2 hari ni :) Jadi, siapa-siapa nak nak buat part time, boleh contact aku. Nanti aku pass kat Kak Ina sebab setahu aku Neilsen (especially department akak aku) selalu sangat nak pakai orang. 

Dan, apa yang specialnya akak aku cakap Nielsen ni biasanya bila kau dah jadi part time, kerja kau bagus, kau mungkin akan di-offer untuk buat contract. Then kalau baguss lagi, boleh sambung tetap teruss. Jangan malu jangan segan, bagi tahu je aku okayyy kalau berminat nak buat part time!

October 31, 2015 / by / 2 Comments

2 comments: