Wednesday 26 August 2015

Asrama by Muhammad Fatrim

Done with Asrama by Muhammad Fatrim.

Bangga kejap dengan diri sendiri sebab berjaya habiskan novel ini dalam masa sehari lebih sikit. Sebenarnya dah dekat 7 buku jugak aku dah habis baca tapi tetiba pulak untuk buku Asrama ini rasa nak buat entry blog.Tengok argh, ada masa aku update buku-buku lain yang aku dah siap baca.

Buku ini memang masyukk dengan aku sebab setiap gambaran yang diberikan oleh penulis tu memang sebijik macam asrama aku kat Teknik Mas dulu. Dengan bangunan asrama yang tak berapa nak cantik sangat, tandas pulak hujung dunia nuuu, ada bilik/dorm kosong yang tak berpenghuni. Sebijik woo.

Aku suka on how the writer makes me wondering and asking sorang-sorang

"Siapa Lena, May & Farah ni?"

"Maria & Ira ini hantu ke?"

"Siapa hantu yang sebenarnya ni hah?"

Disebabkan soalan-soalan tu lah aku baca jugak baca jugak sebab nak tahu apa jalan cerita seterusnya tu. Ending dia tu pun aku tak ter-expect jugak sebenarnya. Ye ar, cliché ar kan kalau semua nak happy ending je. Haha. Tapi bagi aku, okey la, I like.

Ha lagi satu.

Kalau boleh, aku nak sangat tahu apa sebenarnya terjadi kat Sarah, pakwe dia dan 3 lagi geng The Queen tu. Sapa pakcik yang tumpangkan dia orang naik kereta malam tu? Erk, ke ada diceritakan dalam buku tu cuma aku je yang terskip? Haha. Whatever.

Aku ni bukannya reti pun nak review buku ka, opinion ka apa ka tapi ini berdasarkan pandangan peribadi dan bagi aku, Asrama is one of worth reading book! Especially untuk budak-budak asrama, serious menangis air mata darah la korang nak balik asrama bila baca buku ini.


p.s : Twittering kat Twitter pasal buku ini dan dia orang cakap buku Patung ada kaitan dengan Asrama. Maknanya apa gais? Maknanya Patung dah masuk dalam to-buy-list. XOXO
August 26, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment