Friday 6 March 2015

3B-02-C

Alhamdulillah.

Makin lama makin dapat rumah bawah. Harap next-next sem dah takde lagi dah kena duduk atas puncak langit sana. Hehe. Untuk semester kali ini pihak kolej campak aku dengan yang lain-lain jaauuuuh ke blok 3. Blok 3 ini terpinggir jauh sikit dari kafe, gerai burger, gerai nasi lemak, court basket ball, court badminton & takraw tapi dekat dengan fakulti. Kira macam kalau tertinggal notes, tak pikir panjang boleh terus balik rumah. Haa gitu.


Ada 2 lagi pendatang asing tak tampal slip penempatan

Aku dapat rumah yang mana ruang tamunya agak luas berbanding semester II dan rumah yang aku dapat sekarang ni sama je keluasannya dengan rumah masa sem I. Memang best lah nak golek-golek kat ruang tamu ni sebab kita orang duduk bilik paling bawah jadi nak tidur memang sah-sah kena tutup tingkap. Lemas, panas semua ada. Kang kalau tak tahan sangat ruang tamu rumah ni lah yang jadi mangsanya nanti. Ko tunggu je lah. 


Yang ada bagasi besau gedabak tu meja aku



Bahagian dapur + tempat jemur kain

Pemandangan luar dari balcony

Kalau pasal bilik pulak, aku still dapat berempat. Malas nak kecoh lah pasal bilik ini sebab jadi sakit hati bila ingat balik kenangan manis pasal 'bilik'. Yang penting, kali ini dia orang sepakat nak mengundi untuk tentukan bilik mana-mana dan hasilnya aku masih lagi dengan bilik 4. Kalau aku JPK, memang aku akan usulkan pasal masalah bilik ini kat pengetua. Serious, pasal bilik kawan boleh jadi lawan, kawan boleh jadi musuh, kawan boleh jadi stranger dalam sekelip mata je. Hish.


Bilik berempat

Bawah Anis punya, atas aku punya

Bawah Ummi punya, atas Ipah punya


Apa pun, hanya mampu harapkan kerjasama dari housemate. Kalau tak boleh nak jaga satu rumah, sekurang-kurangnya jagalah barang sendiri jangan duk bersepah sana sini. Peringatan untuk housemate dan diri aku sendiri jugak.
March 06, 2015 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment